dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Cybersecurity Bagaimana Akaun Bank Anda Boleh Dicuri Tanpa Sedar

8 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Mei 2026, seorang peserta telah menyertai Webinar Cybersecurity Bagaimana Akaun Bank Anda Boleh Dicuri Tanpa Sedar yang diadakan secara dalam talian menggunakan platform Zoom. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman jenayah siber yang semakin berleluasa serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi melindungi akaun bank dan maklumat peribadi daripada menjadi sasaran penjenayah.

Dalam webinar tersebut, peserta didedahkan kepada pelbagai taktik scam dan kaedah yang sering digunakan oleh penjenayah siber seperti phishing, pautan palsu, panggilan menyamar sebagai pihak bank, serta aplikasi berbahaya yang boleh mencuri maklumat perbankan pengguna tanpa disedari. Selain itu, peserta turut diberikan panduan mengenai amalan keselamatan siber yang betul seperti tidak berkongsi kod OTP, menggunakan kata laluan yang kuat, mengaktifkan pengesahan dua faktor serta sentiasa menyemak kesahihan laman web dan aplikasi sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.